0 comments

lama tak update..

lama rasa nya tak update blog ni.. sekadar menukilkan agenda saya pada 29 Oktober lalu, di mana paksu & maksu saya dapat ke tanah suci Mekah, alhamdulillah....
paksu & maksu saya tinggal di Klang, dan ditawarkan utk menunaikan ibadah haji dalam tempoh yang terlalu singkat, jadi persediaan tak seberapa mana. saya pun mengambil keputusan utk bercuti pada hari Khamis (29 Okt 2009) utk Klang, menghantar paksu & maksu saya. Hari tu jugak, saya perlu menghantar e-pelaporan j-QAF 6 bulan ke 2, dan ada beberapa keja lain yg perlu saya setlekan minggu tu jugak.. alhamdulillah, byk benda yg saya dpt setlekan dan 2 benda yg sya terpaksa bawa ke Klang. 28 Okt mlm, slps menunaikan solat Isyak, sya dgn mak sya, tokwan & pakngah bergerak ke Sg. Buloh, rumah abg sya di sana. 2.30 pagi smp ke Sg Buloh dgn slmt.. pagi nya kami bergerak ke Klang. setibanya di sana, ramai saudara sebelah maksu ada di sana, dhanya kami sahaja saudara paksu yg ada. tak lama kemudian, adik2 saya tiba dari UM & UPSI.. sambil2 sembang di situ, sambil2 siapkan keja. alhamdulillah, t/hari nya semua keja siap, dan di hantar melalui email.. 6.30 ptg, paksu maksu sya turun dari rumah. selepas itu, kami pun bergerak ke Sg Buloh dan bermalam di sana. pagi Jumaat keesokannya kami pun bergerak pulang ke Kedah... ni antara gambar pada 29 oktober lalu



sekarang ini, saya berada di Klang, menunggu kepulangan mereka yg sudah selesai menunaikan ibadah haji,alhamdulillah. saya bersama mak saya & pakngah makngah saya beserta sorg sepupu. sambil2 menaip nukilan ini, pakmat (abg ipar paksu saya) ada di sini, sedang rancak bersembang.. nnti sya akan coretkan peristiwa hari ini, insya Allah...
 
;