Kursus SP & HSP BA tahun 3 2010


15 November 2009, satu kursus khas untuk guru j-Qaf bahasa Arab telah di adakan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bahasa Arab Tahun 3, untuk kegunaan tahun 2010. Kursus yang diadakan sehari suntuk ini dilaksanakan di Pusat Kegiatan Guru Kuala Pegang, dimana ia bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang...
Dan saya.. Mohd Mahyuddin Bin Isa telah dipanggil ke kursus tersebut sebagai guru bahasa Arab j-QAF sekolah saya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya berfikir saya akan jadi peserta, namun sebaliknya saya diminta menjadi urusetia bagi kursus tersebut.. Alhamdulillah, tanggungjawab yang diberikan kepada saya, dapat ditunaikan dengan baik.. ada juga kesilapan kecil yang tidak disengajakan, tetapi saya menerimanya sebagai suatu yang positif, dan saya jadikan dia pengalaman paling beharga.. dan di sana, telah berlaku sedikit perkongsian ilmu & kemahiran teknologi maklumat antara sabahat-sahabat saya secara tidak langsung.. terima kasih sahabat-sahabat semua...

0 comments:

Post a Comment

 
;