ADA HIKMAHNYA...

Suatu hari, seorang Raja telah pergi memburu bersama pengawal-pengawalnya. Sedang dia mengacu senapangnya kearah sesuatu dan mula menembak, tiba-tiba peluru senapangnya terlantun dan terkena jarinya lalu terputus. Raja berasa sangat marah. Tetapi, salah seorang dari pengawal nya berkata: “sabar tuanku, ada hikmah disebalik kejadian ini”.
Raja itu berasa semakin marah dengan kata-kata pengawalnya itu lalu dia mengarahkan supaya pengawal itu dikurung di dalam penjara.
Tidak lama selepas itu, Raja itu pergi memburu lagi. Malangnya, kali ini rombongan raja telah ditangkap oleh kanibal. Kanibal itu mahu membunuh semua orang dalam rombongan raja dengan menyembelih mereka dan diberikan kepada tuhan mereka. Sewaktu raja mahu disembelih, kanibal itu mendapati raja tidak sempurna kerana tidak cukup satu jari sedangkan hanya orang yang sempurna sahaja boleh diberikan kepada tuhan mereka. Lalu, raja dibebaskan.
Setelah pulang, raja melepaskan pengawal yang dikurung sebelum ini kerana mendapati kata-katanya betul. Raja meminta maaf kepada pengawal itu kerana mengurungnya tetapi pengawal itu menjawab: “saya bersyukur kerana dikurung. Ada hikmah disebalik kejadian ini”.
Raja tertanya-tanya apakah hikmahnya sedangkan dia telah dikurung dalam penjara yang kotor dan busuk. Pengawal itu menjawab: “jika saya tidak dikurung, tentu saya telah mati dibunuh kanibal”

Pengajaran: Jangan terlalu sedih dengan ujian yang diberi. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Jika bukan di Dunia, mungkin di Akhirat. Kuatkan hati untuk menerima Qada’ dan Qadar Allah. Semoga dikuatkan Iman dan di jauhkan dari hasutan syaitan. Amin..

0 comments:

Post a Comment

 
;