Selamat Tinggal Sahabat ku, Zuraini....





Selamat tinggal Nor Zuraini Lokman, seorang sahabat seperjuangan di Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia... Kali terakhir bertemu beliau, pada hari Sabtu 7 Mei 2011, dan sempat menunaikan hajat beliau yang teringin makan buah jambu dari R&R Tapah yang mana beliau sedang mengandung ketika itu.. Beliau yang telah menghembuskan nafas terakhir di Wad ICU, Hospital Kuala Lumpur jam 3.06 petang selepas enam hari dimasukkan ke HKL, telah meninggal seorang bayi yang masih kecil dan juga suaminya Wan Zul Azzlan yang juga merupakan sahabat seperjuangan PSSCMUIAM.. Takziah Wan Zul.. dari Nya kita datang, dan kepada Nya juga lah kita akan kembali.. Zuraini,kami akan menyusul mu kelak bila sampai masanya.. Ya Allah, Engkau terimalah segala amal kebajikan sahabatku.. hapuskan segala dosa-dosanya.. dan tempatkanlah beliau bersama para solihin..

Alfatihah...

0 comments:

Post a Comment

 
;